Disaat aku dibebani tekanan kerja yang harus aku siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan bebrapa kerja lagi yang sedang menunggu giliran untuk disiapkan banyak pula dugaan yang datang sehingga aku terasa malas! aku lelah! namun aku harus tabahkan hati dengan ujianmu. Ya Allah moga-moga kau bersamaku dalam setiap langkahku menyusuri hari-hariku yang sukar ini supaya aku terus kuat dan tabah menempuhinya sehingga aku menemui sinar dan hikmah Mu dibalik semua dugaan ini di hari yang mendatang dan pada saat itu aku mampu tersenyum puas dan menerik nafas lega kerana mampu mengharungi hari-hariku yang suram ini bersamaMu.

Friday, 30 September 2011
Wednesday, 28 September 2011
shushi

Monday, 26 September 2011
Main masak-masak
Tujuan ke Kajang hanya nak membeli beberapa barang namun kami telah tersasar jauh daripada tujuan asal kami ke sana. lain yang dicari, lain pula yang dibeli. Oleh kerana perut kami kelaparan, kami telah bercadang untuk memasak tom yam. Setelah beberapa kali mencuba dan mencuba, menambah garam dan gula, nasib baik tom yam yang kami buat menjadi dan selamat untuk dimakan. Urmmm..enak sehingga menjilat jari.
Tuesday, 20 September 2011
Yakin boleh.
Tema masakan. Itu adalah tema yang telah diberitahu Dr. Mawar kepada kami sebagai tema cerpen kami. Dan aku akan menghasilkan sebuah cerpen, dan ini adalah cerpen pertama dalam hidupku. Bolehkah aku menghasilkannya? detik hatiku. Moga-moga aku mendapat ilham untuk menghasilkannya. Insyaallah.
Subscribe to:
Comments (Atom)