Sunday, 27 November 2011

kuntuman bunga Lantana Camara atau nama kasarnya bunga Tahi ayam..

                        
                           

bunga tahi ayam

Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara . Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbenaVerbenaceae, yang berasal pada Amerika tropik. Ia telah disebarkan kebahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif dikebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik. Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.

variasi makanan jepun

donburi

            


                                                                         
ochazuke
                         
onigiri
dango
   
                   
                                                                                                     
sashimi
nabe
                             

Sunday, 9 October 2011

kesunyin yang membunuh

KESUNYIAN YANG DIALAMI BOLEH MEMBUNUH. BOSAN YANG DIALAMI TIDAK TERPERI RASANYA. MAKLUMLAH TINGGAL DI FLALET PADA SEMESTER INI SUNGGUH MENGUJI AKU.KESUNYIAN YANG MELAMPAU BOLEH MEMBUAT AKU TERFIKIR BENDA-BENDA YANG TIDAK PATUT AKU FIKIRKAN. RASA SUNYI INI MEMBUATKAN AKU TIDAK BOLEH MEMBUAT APA-APA KERJA. KESUNYIAN YANG AKU ALAMI INI AKANKU CUBA TERAPKAN DI DALAM CERPAN YANG SEDANG DALAM PROSES INI.








Monday, 3 October 2011

ketandusan

Disaat aku menaip dengan perlahan dan semaki perlahan, penulisan cerpenku terhenti. Aku ketandusan idea. Aku melarikan pandangan daripada skrin yang menyilaukan lalu ku alih pandanganku ke satu sudut yang mendamaikan, di luar tingkap bilikku, melihat keindahan alam yang terbentang luas. Aku termenung seketika, ligat otakku mencari idea untuk menyambung kerja yang tidak sudah-sudah. Harapanku moga dapatku siapkan juga cerpen pertamaku ini dalam masa terdekat ini.

Sunday, 2 October 2011

Apa juadahmu disana?

Disaat aku sedag menjamu selera, teringatku pada keluarga di kampung halaman. Apakah juadahmu pada hari ini. Sebak dada menahan rindu yang tak sudah. Juadah di hadapan tidak lagi menarik perhatianku. Tidak ada juadah yang lebih enak selain masakan mu, duhai ibuku. Semoga aku sentiasa dalam doamu. 

Friday, 30 September 2011

Moga-moga Dia bersamaku

Disaat aku dibebani tekanan kerja yang harus aku siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan bebrapa kerja lagi yang sedang menunggu giliran untuk disiapkan banyak pula dugaan yang datang sehingga aku terasa malas! aku lelah! namun aku harus tabahkan hati dengan ujianmu. Ya Allah moga-moga kau bersamaku dalam setiap langkahku menyusuri hari-hariku yang sukar ini supaya aku terus kuat dan tabah menempuhinya sehingga aku menemui sinar dan hikmah Mu dibalik semua dugaan ini di hari yang mendatang dan pada saat itu aku mampu tersenyum puas dan menerik nafas lega kerana mampu mengharungi hari-hariku yang suram ini bersamaMu.

Wednesday, 28 September 2011

shushi

                      
Aku mencari-cari idea untuk penulisanku. Namun tidak ada idea yang datang. Aku telah  mencari bahan yang berkaitan makanan, satu demi satu laman sesawang aku selongkari. Aku terpandang pada satu juadah, shushi. Masakan Jepun! teringat pula ketika aku dengan rakan pergi berjalan-jalan ke Serdang, terlihatkan kedai menjual shushi yang telah meletakkan pelbagai jenis itu membuatkan aku terpanggil untuk mencubanya, namun bagiku rasanya tidaklah secantik rupanya. Namun ini telah memberi aku sedikit ilham dalam meneruskan cerpenku yang sudah tetangguh untuk beberapa hari kerana ketandusan idea.


                                                               

Monday, 26 September 2011

Main masak-masak

Tujuan ke Kajang hanya nak membeli beberapa barang namun kami telah tersasar jauh daripada tujuan asal kami ke sana. lain yang dicari, lain pula yang dibeli. Oleh kerana perut kami kelaparan, kami telah bercadang untuk memasak tom yam. Setelah beberapa kali mencuba dan mencuba, menambah garam dan  gula, nasib baik tom yam yang kami buat menjadi dan selamat untuk dimakan. Urmmm..enak sehingga menjilat jari. 

Tuesday, 20 September 2011

Yakin boleh.

Tema masakan. Itu adalah tema yang telah diberitahu Dr. Mawar kepada kami sebagai tema cerpen kami. Dan aku akan menghasilkan sebuah cerpen, dan ini adalah cerpen pertama dalam hidupku. Bolehkah aku menghasilkannya? detik hatiku.  Moga-moga aku mendapat ilham untuk menghasilkannya. Insyaallah.